Dianggap oleh Parti Komunis Cina (CCP) sebagai musuh yang paling digeruni, patung-patung dewa Buddha di seluruh China akan dirobohkan atas arahan kerajaan pusat.

Pihak berkuasa tempatan tidak berupaya menolak permintaan kerajaan pusat yang melarang sesiapa sahaja – individu atau pertubuhan memiliki patung atau dewa dibina ditempat terbuka. Patung-patung tersebut yang telah dibina menggunakan sejumlah besar wang, kebiasaannya dari sumbangan penganut.

Kerajaan membelanjakan jutaan Renmibi (RMB) untuk merobohkan patung keagamaan

Patung keagamaaan di seluruh negara akan dirobohkan, tidak kira sebesar mana dana dan sumber manusia diperlukan dalam proses merobohkan patung tersebut.

Kuil Qingguo yang terletak di bandar Duqiao, di bawah pentadbiran bandar Linhai, wilayah timur Zhejiang terdapat patung Guanyin gangsa yang berdiri setinggi 15 meter. Ia dibina dengan kos sebanyak tiga juta RMB (kira-kira RM 1. 78 juta).Tahun lepas ketua biara telah menerima notis daripada kerajaan tempatan, mengarahkan patung Guanyin di robohkan karena patung keagamaan tidak boleh dibina ditempat terbuka.

Seorang penganut Buddha tempatan memberi tahu bahwa untuk menyelamatkan patung Guanyin, ketua kuil itu mengemukakan permohonan kepada Biro Hal Ehwal Agama memohon menutup patung tersebut dari pandangan tanpa perlu dirobohkan tetapi kerajaan tetap mahu ianya dirobohkan.

Pada bulan Mei lalu, pegawai-pegawai kerajaan tempatan Linhai telah datang ke kampung di mana Kuil Qingguo terletak untuk berunding dan mengambil keputusan untuk tetap merobohkan patung Guanyin.

Sebulan kemudian, kerajaan tempatan memulakan prosedur pembidaan untuk kerja-kerja perobohan.

Sumber: BITTER WINTER