Selebriti media sosial sering kali memuat naik gambar-gambar yang menarik bagi followers mereka mengikuti perkembangan terbaru. Ada yang memaparkan gaya fesyen yang stylish dan ada yang memuat naik video-video yang menarik.

Namun, menerusi China Press seorang selebriti media sosial memuat naik satu rakaman video yang memaparkan aksi yang menghairahkan dengan menunjukkan sebahagian dadanya semasa berada di dalam MRT. Perbuatan yang kurang sopan itu tidak sewajarnya berlaku di khalayak ramai terutama di tempat awam.

Menerusi video itu, wanita tersebut tanpa segan silu mendedahkan dadanya dengan baju yang nipis dan dipercayai tidak memakai baju dalam. Perbuatan itu bagaimanapun tidak disedari orang ramai yang berada di dalam gerabak berkenaan.

Dia kemudian kembali memakai bajunya dan berjalan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tarikh video ini diambil masih belum dikenal pasti. Sehingga kini, identiti sebenar selebriti media sosial tersebut tidak didedahkan oleh portal berkenaan.

lagi cerita OH Bulan