NASIONALSekatan ketat jejas ekonomi, kata pakar

Sekatan ketat jejas ekonomi, kata pakar

PETALING JAYA: Seorang pakar ekonomi berkata, Malaysia patut mengabaikan idea mengenakan sekatan yang ketat kerana ekonomi dan mata pencarian akan terjejas teruk sekali gus menjejaskan negara.

Ini susulan surat daripada Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) kepada ahlinya bahawa kerajaan mempertimbangkan penutupan penuh ekonomi sekiranya kadar jangkitan Covid-19 tidak menurun pada akhir tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) ini.

“Sekiranya kadar jangkitan tidak berkurangan, kerajaan Malaysia akan mengumumkan penutupan penuh/sekatan ketat serta-merta selepas 4 Feb 2021,” katanya, memetik pertemuan dengan Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa yang memaklumkan mereka bahawa Kementerian Kesihatan sudah mengenal pasti sektor pembuatan sebagai sumber jangkitan utama.

Dalam kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Pendidikan Pasaran Malaysia Carmelo Ferlito berkata, kajian menunjukkan sekatan ketat tidak banyak memberi kesan dalam mengekang virus berkenaan, dan menambah sebaliknya ini akan mengakibatkan orang ramai terjerumus kemiskinan serta menggugat keyakinan pelabur.

“Kita perlu belajar hidup dengan virus ini, dan masalah sebenar bukan untuk mengelak jangkitan tetapi memfokuskan pencegahan dan rawatan yang dapat mengurangkan, meminimumkan dan akhirnya membasmi tahap kematian.”

Beliau mencadangkan penghimpunan data lebih baik dibuat dan didedahkan untuk membolehkan orang ramai mentaksir risiko sendiri dan membuat keputusan bijak berhubung pergerakan serta pendedahan mereka.

Pelaksanaan lebih baik bagi peraturan sedia ada juga patut dibuat, katanya.

Katanya, memandangkan ekonomi adalah “rangkaian jaringan rumit”, ia tidak boleh dibahagikan kepada sektor bebas kerana menutup satu bahagian pasti turut menjejaskan yang lain.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/24/sekatan-ketat-jejas-ekonomi-kata-pakar/?fbclid=IwAR2Zo9WTYoe-CS_h8I2nczTS6RXEXRA02KWNKniDPdb8McmV7tjfhHqVyNc

......