Memiliki haiwan peliharaan mampu memberikan kebahagiaan dan mengisi rasa kekosongan seseorang itu. Lebih-lebih lagi jika individu tersebut tinggal di rumah seorang diri, boleh juga jadi peneman.

Malah ada sesetengah pemilik haiwan peliharaan ini yang sudah pun menganggap kucing kesayangan sebagai salah satu ahli keluarga mereka. Bila hilang atau pun sakit, boleh buat tak keruan rasanya!

Baru-baru ini satu rakaman seorang pemuda menangis kucingnya tak dapat diselamatkan telah meraih perhatian ramai. Disebabkan rakaman itu menjadi tular, penyampai radio Gang Pagi Hot FM telah menghubungi pemuda tersebut untuk mendapatkan kisah sebenarnya apa yang terjadi.

Berikut adalah rakaman mereka menghubungi pemuda itu yang telah pun dikongsikan di sosial media Hot FM:

 

Dalam perkongsian tersebut, kucing peliharaan pemuda ini yang diberi nama Pak Tam meninggal dunia kerana termakan racun tikus. Kelihatan di awalnya pemuda yang dipanggil Akim ini cuba sedaya upaya menyelamatkan Pak Tam dan sempat dibawa ke klinik haiwan.

Apa-apa pun rakaman temubual pemuda menangis kucingnya meninggal dunia ini telah membuatkan ramai sebak. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Wehh aku pun sedih tengok”

Pemuda Menangis Kucingnya 3

“Aku menitiskan air mata tengok video ni”

Pemuda Menangis Kucingnya 2

“Betul…Kucing tu dah ibarat keluarga kita”

Pemuda Menangis Kucingnya 1

Kisah Pemuda Menangis Kucingnya Tak Dapat Diselamatkan, “Wehh Aku Pun Sedih Tgok”