Foto - The Sun Daily

KUALA LUMPUR – “Saya mungkin Menteri yang paling tidak boleh diterima pembangkang. Sehingga mereka melompat-melompat apabila saya bangun untuk menggulung perbahasan bajet.

“Geramnya mereka. Tak tahan melihat saya sebagai Menteri.

“I must be doing something right.”

Itu ciapan terbaharu Menteri Wilayah Prsekutuan, Khalid Samad di laman Twitter.

Beliau mengulas kekecohan dalam sidang Dewan Rakyat semalam yang sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 yang akhirnya menyaksikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman diarahkan keluar dewan.

Ahli Parlimen Barisan Nasional Pasir Salak itu juga digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama dua hari.

Dalam ciapan awalnya pagi ini, Khalid mendakwa, sesi perbahasan itu telah diganggu dari awal apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional Arau, Tan Sri Shahidan Kassim tidak memberinya peluang untuk menjawab soalan yang ditanya.

“Dah dijangka. Mereka tak tahan tengok saya jadi menteri. Tambah panas bila saya sempat jawab celahan celahan mereka. Melompat lompat BN,” katanya.

Ada dalam kalangan netizen yang membalas ciapan tersebut sambil membandingkan aksi-aksi Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang juga sering mengganggu sidang Dewan Rakyat dan mengapa tidak dibangkitkan oleh Khalid. – MalaysiaGazette