POLITIKSaya bukan anti UMNO, menolak MN kata ketua pemuda PAS

Saya bukan anti UMNO, menolak MN kata ketua pemuda PAS

KUALA LUMPUR – ”Saya tidak anti-Umno, jauh sekali anti Muafakat Nasional (MN), tegas Ahmad Fadhli Shaari.

Sebaliknya, Ketua Pemuda Pas itu berkata, hubungannya dengan pemimpin-pemimpin UMNO khususnya di Parlimen sangat baik, tiada masalah.

Lantaran itu, Ahmad Fadhli menyifatkan dakwaan yang menyatakan beliau anti-MN dan anti-UMNO adalah kenyataan agak tersasar.

Menurutnya, beliau hanya menerima arahan parti, menerima arah tuju parti sahaja.

”Secara peribadi, melihat kepada keputusan di Melaka, saya fikir sangat perlu untuk dielakkan pertembungan tiga penjuru di seluruh negara.

”Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH) sering berpesan, dengan MN jangan putus, usahakan juga agar PRU15 nanti tiada pertembungan tiga penjuru.

”Bagaimana masa depan Pas dan UMNO dalam Muafakat Nasional ini, saya tidak boleh jawab kerana saya tidak terlibat antara rundingan dua buah parti ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Fadhli dipercayai membuat kenyataan ini selepas Pergerakan Pemuda UMNO mempersoalkan siapa sebenarnya musuh Pas semalam.

Persoalan itu dibuat susulan kenyataan Ahmad Fadhil yang mendakwa parti itu dan Perikatan Nasional (PN) telah menunjukkan kemampuan yang memberangsangkan sebagai pasukan yang dilihat ‘underdog’ walaupun telahan awal menjangkakan PN akan ‘bungkus’ di semua kerusi.

Menurut Ketua Pemuda Pas itu, ternyata PN berjaya merampas dua kerusi DUN yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dan DAP sebelum ini, serta berada di tempat kedua di beberapa kerusi majoriti Melayu.

Ahmad Fadhil menambah, dalam hal berdepan dengan manusia yang suka memesongkan fakta, mengambil kenyataan sekerat dan kemudiannya membuat pemahaman sendiri, lantas menabur persepsi pula atas pemahaman yang dibuat itu.

“Saya fikir orang seperti ini sangatlah tidak berguna untuk politik negara, di dalam parti apa sekalipun.

”Manusia seperti ini hanyalah dedalu politik, datangnya langsung tiada faedah, bahkan menambah toksik untuk memastikan dirinya besar dan segar. Saya bukan anti kepada parti tertentu, namun ya, saya sangat anti kepada manusia seperti ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Saya tidak anti-UMNO, jauh sekali anti-MN – Ahmad Fadhli

......