POLITIKSaya berharap sangat PRU15, umur 18 tahun sudah boleh mengundi kata Menteri

Saya berharap sangat PRU15, umur 18 tahun sudah boleh mengundi kata Menteri

KUALA LUMPUR: Menteri Sukan dan Belia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata rang undang-undang (RUU) untuk membenarkan rakyat berusia 18 tahun mengundi sudah dibincangkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi menetapkan tempoh pelaksanaannya.

“Kami yakin dengan kemampuan SPR untuk memastikan ini dimuktamadkan menjelang pilihan raya umum akan datang,” katanya di luar sebuah program di sini hari ini.

Ditanya jika beliau bersetuju dengan cadangan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 yang anak muda berusia 18 tahun dibenarkan mendaftar sebagai pengundi secara manual menjelang mana-mana pilihan raya kecil akan datang, katanya, ia terpulang kepada SPR.

“Sebelum apa-apa boleh dipersetujui, saya ingin bincangkan dalam Kabinet.

“Tetapi, soalan seperti ini paling baik ditujukan kepada SPR kerana saya bukan SPR.”

RUU untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dan membenarkan anak muda 18 tahun mengundi diluluskan Dewan Rakyat pada 16 Julai lalu.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad kemudiannya dilaporkan berkata, belia berusia 18 tahun ke atas akan didaftarkan sebagai pengundi secara automatik.

Bagaimanapun, SPR pada bulan lalu berkata, ia mengambil masa sehingga dua tahun untuk menubuhkan sistem pendaftaran pengundi secara automatik.

FMT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

......