Maszlee sengaja membuat taktikal emosi? Siapa tahu. Politik itu memang banyak selok belok seninya, kita pun payah nak jangka.

Bertabahlah wahai Menteri kasut hitam, katanya petisyen ingin Maszlee kekal sudah mengumpul hampir 180 ribu tandatangan, hebat.

Ok ini hanya pendapat penulis, disebalik pengunduran Maszlee, terdetik satu episod nyata, bahawasanya strategi emosi itu mampu membuat satu jentikan simpati yang maksimum terhadap Maszlee sendiri.

Kalaulah dilihat cara begini menampakkan titik tolak dan cara idea Sang Penguasa seperti Mahathir. Anda mesti dapat tangkap dalam pemikiran, mengapa pula dihari pertama persekolahan Maszlee meletakkan jawatan dengan tergesa-gesa.

Malah dia sendiri melawat ke sekolah dihari pertama persekolahan yang mendapat liputan media pro kerajaan sendiri.

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba dia kata berbincang dengan Mahathir dan akan meletak jawatan berkuat kuasa 3 Januari 2020. Pelik bukan?

Kalau semata-mata kerana ramai sudah membenci, mungkin ya, tetapi anda lihat sendiri petisyen Kekal Maszlee tu cukup. tidak sampai 24 jam. Ramai bukan yang tandatangan petisyen itu?

D4P tidak pula membuat sebarang kenyataan, sedangkan sebelum ini bukan main Lim Kit Siang mengkritik keras Maszlee berkenaan surat peperiksaan yang dikatakan ingin menaikkan nama Zakir Naik.

Mungkin perjalanan perancangan emosi ini dirancang rapi, malah jangan terkejut sekiranya Maszlee akan ditukarkan ke Kementerian lain, atau tiba-tiba dia sendiri kekalkan jawatan itu atas perbincangan kabinet. Eh siapa tahu kan.

* Ini hanyalah pendapat peribadi penulis, tiada kaitan hidup dan mat dengan situasi yang berlaku berkenaan perletakan jawatan Menteri Pendidikan. Sekian.

Bacaan dibawah ini

Saya dilihat timbulkan banyak krisis – Maszlee

PUTRAJAYA – Gara-gara dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan antara punca Dr. Mazslee Malik meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Menurutnya, antara yang menimbulkan krisis termasuk isu melibatkan Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu meletakkan jawatan hari ini selepas 20 bulan menjadi menerajui Kementerian Pendidikan.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

“Di atas nasihat Perdana Menteri, dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang reda walaupun berat, saya, Maszlee Malik, dengan ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia, berkuatkuasa 3 Januari 2020.

“Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Tun Mahathir kerana telah memberi peluang selama 20 bulan untuk saya mengemudi KPM.

“Ia adalah hadiah terbaik kepada saya sebagai pendidik dan aktivis akademia.

“Saya juga ingin menyatakan pendirian, sokongan dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada beliau dan parti saya, PPBM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan peletakan jawatan itu di kementerian di sini hari.

Maszlee yang dilahirkan di Johor Bahru telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (STAR) (2).

Beliau kemudiannya menyambung pendidikan ke Maktab Sultan Abu Bakar (English College) dan telah menyertai Madrasah al-Quran Waddin dan kemudiannya ke Maahad Johor pada 1989.

Maszlee berjaya mendapatkan ijazah sarjana muda dari Universiti Al al- Bayt, Jordan dan kemudiannya meneruskan pengajian peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya.

Kedua- duanya dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh.

Beliau telah melanjutkan pelajaran di School of Governments and International Affairs (SGIA) di University of Durham pada tahun 2007 dan mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang Good Governance pada tahun 2011.

Sebelum menyertai politik, Maszlee lebih dikenali sebagai moderator debat dan wacana politik serta penganalisis politik Timur Tengah, pemikiran politik Islam dan juga gerakan Islam kontemporari. –

Maszlee yang juga bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Mac lalu dipilih menjadi calon di Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau memperoleh 18,157 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Liang Teck Meng yang menerima 14,682 undi serta calon Pas, Mohd Jubri Selamat (2,983 undi), sekali gus menang dengan majoriti 3,475 undi. – MalaysiaGazette