DUNIASatu dunia sedang terkesan!! ‘Per*ng gandum’ sedang bermula

Satu dunia sedang terkesan!! ‘Per*ng gandum’ sedang bermula

MOSCOW – Barat menuduh Russia sebagai mencetuskan ‘perang gandum’ selepas harga gandum dunia kini mencecah kepada paras tertinggi dalam tempoh dua bulan lalu dengan negara-negara pengeluar utama seperti Russia, Kazakhstan dan India menamatkan eksport mereka, lapor laman berita RT kelmarin.

Selepas New Delhi mengumumkan tidak akan mengeksport komoditi itu, harga gandum didagangkan enam peratus lebih tinggi kepada AS$12.47 (RM54.73) segantang di pasaran Chicago Board of Trade, yang merupakan volum tertiggi dalam dua bulan.

Selain itu, harga gandum di Eropah turut mencecah rekod tertinggi iaitu kira-kira AS$461 (RM2,023) setiap satu tan.

Menurut pakar-pakar, sejak awal tahun ini, harga gandum meningkat lebih 60 peratus yang disebabkan oleh konflik antara Russia dengan Ukraine.

Kedua-dua negara itu merangkumi hampir satu pertiga daripada eksport gandum global.

Bagi musim 2021-2022 yang bermula Julai tahun lalu, pembekal dari Russia merangkumi 16 peratus daripada eksport gandum global, manakala pengeluar Ukraine pula terdiri daripada 10 peratus.

Namun, konflik antara kedua-dua negara telah memburukkan situasi, di mana Moscow menyekat eksport semua jenis bijirin (gandum, rai, barli dan jagung) di luar Kesatuan Ekonomi Eurasian sehingga 30 Jun, manakala Ukraine pula telah menutup satu-satunya pelabuhannya di Odessa.

Sekatan anti Russia telah memaksa syarikat-syarikat antarabangsa untuk memutuskan hubungan perniagaan yang telah lama dibina dengan Moscow lantas meninggalkan pasaran itu, seterusnya mengakibatkan gangguan pada bekalan.

Situasi itu diburukkan lagi apabila Kazakhstan turut melakukan sekatan yang sama selain India turut menyekat eksport gandumnya ke negara lain bagi melindungi keselamatan makanan domestik.

Krisis gandum ini kini ‘merebak’ ke seluruh dunia dengan negara-negara Afrika adalah yang paling teruk terjejas disebabkan kebergantungan terhadap wilayah Laut Hitam bagi 90 peratus keperluan gandumnya.

Dalam pada itu, menurut akhbar Russia, Izvestia, Moscow dan Kiev bukanlah satu-satunya pengeksport utama bagi gandum dunia.

Negara-negara pengeksport lain juga boleh menyelamatkan dunia daripada krisis ‘perang gandum’ seperti Amerika Syarikat dan Kanada yang mengeksport 26 juta tan dan 25 juta tan gandum setiap satu.

Ia bersamaan dengan kira-kira 25 peratus daripada eksport global.

Negara pengeluar lain di Barat adalah Perancis dengan 19 juta tan bagi eksport gandum serta Jerman dengan 9.2 juta tan. Namun, penganalisis berkata, negara-negara tersebut berkemungkinan tidak akan berkongsi bekalan gandum mereka dengan negara-negara yang memerlukan kerana mengutamakan keselamatan makanan sendiri.

“Negara-negara tersebut mempunyai kesukaran mereka sendiri, dengan sebahagian besar disebabkan oleh harga tenaga, kos pengeluaran dan inflasi. Justeru, mereka tidak dapat membantu negara-negara terjejas lain yang akan terpaksa berlapar,” kata Pakar Kajian Strategik dari firma Total Research, Nikolai Vavilov.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Analitik firma penyelidikan NTech, Daria Akimova berkata, negara-negara Barat mungkin mahu menyimpan bahan mentah yang mereka miliki bagi melindungi ekonomi daripada lonjakan inflasi pada masa akan datang.

“Bagi melindungi penduduk sendiri daripada mengalami kebuluran dan mengurangkan kadar inflasi, negara-negara pengeluar gandum ini cuba menyimpan bahan mentah mereka,” kata beliau. – Agensi

‘Perang gandum’ sedang bermula

......