POLITIKSah BN tubuh kerajaan negeri Melaka dengan kemenangan bergaya

Sah BN tubuh kerajaan negeri Melaka dengan kemenangan bergaya

Barisan Nasional (BN) setakat ini memperoleh kerusi mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 15 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, sebahagian besar kerusi yang mereka menangi adalah kerusi disandang mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) selain merampas dua kerusi DUN yang sebelum ini dimenangi PH.

Sorakan kemenangan sudah mula bergema di Bilik Gerakan Utama BN di Ayer Keroh, dengan pemimpin utama BN sudah mula tiba bagi meraikan kemenangan mereka.

Setakat ini, BN memenangi DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Kelebang dan Merlimau.

Lima lagi kerusi dijangka dimenangi BN ialah Telok Mas, Sungai Rambai, Ayer Molek, Rim dan Duyong.

......