DUNIARumah urut terbesar Bangkok ‘tutup kedai’

Rumah urut terbesar Bangkok ‘tutup kedai’

Rumah urut terbesar di Bangkok kini dijadikan hotel selepas ‘tumpas’ akibat pandemik Covid-19.

Premis setinggi 11 tingkat, ‘Poseidon’, di ibu negara Thailand itu mempunyai kelab malam, restoran dan ratusan bilik bertema yang dihiasi katil bersaiz ‘king’ dan jakuzi.

Malangnya, semua hiasan itu akan dibuang dan digantikan, apabila bangunan berkenaan diubah suai menjadi hotel tiga bintang dengan sejarah silamnya tidak akan dimaklumkan kepada pelanggan, lapor Daily Mail.

Kompleks hiburan Poseidon yang dibuka pada 1999 itu terkenal antara daya tarikan utama Bangkok malah turut mempunyai beberapa bar dan bilik karaoke.

Antara paling menarik perhatian adalah wanita yang dipamerkan di lobi premis itu dengan memakai ‘tanda harga’ untuk pilihan pelanggannya.

Harga bermula dari 3,200 baht untuk layanan dua jam malah pelanggan tetap juga mempunyai skim keahlian.

Namun, jumlah pelanggan merudum pada Mac tahun lalu selepas Thailand mengeluarkan larangan perjalanan untuk mengekang penularan wabak Covid-19, dan perniagaan ‘berisiko tinggi’ diarahkan ditutup.

Premis itu dibenarkan dibuka lewat tahun lalu dan cuba mengumpan pelanggan dengan mengongsikan gambar kakitangannya membuat kerja pembersihan.

Namun, lokasi itu sekali lagi ditutup pada hujung Disember susulan lonjakan jangkitan virus korona di negara itu.

Sumber di State Railway of Thailand (SRT) yang memiliki tanah berkenaan berkata, pandemik Covid-19 memusnahkan pendapatan rumah urut itu, menyebabkan perniagaan mereka diubah suai supaya sesuai dengan ekonomi baharu.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/fmt-ohsem/ohsem-apa-apa-aje/2021/01/26/rumah-urut-terbesar-bangkok-tutup-kedai/

......