Persoalan, ke perginya budi bicara bila sudah dapat kuasa? Kira mereka ni diajar begini supaya nak bagitahu, janji sembang sahaja, muka ada masa mengundi sahaja, lepas dapat kuasa, gaji sedap, kenyang, macam ni pula dia punya drama.

Penduduk sini bukan binatang diperlakukan macamni. Adun muka pun tidak nampak.

Sebanyak 92 keluarga Melayu kehilangan tempat tinggal apabila rumah mereka dirobohkan untuk projek pembesaran jalan di Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor.

Walaupun rundingan cuba dilakukan untuk menanggungkan proses perobohan itu, tetapi pegawai penguatkuasa tetap berkeras menjalankan tugas mereka atas arahan pihak atasan.

Menerusi salah satu rakaman yang disiarkan di Facebook Pemuda Sungai Buloh, dua ahli PAS cuba berunding dengan seorang pegawai majlis perbandaran agar menangguhkan perobohan itu.

Kedua-dua ahli PAS itu meminta budi bicara pihak berkuasa memandangkan masih terdapat perabot dan barangan milik penduduk dalam rumah yang hendak dirobohkan.

Menurut mereka, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras sudah mengeluarkan surat dan janji untuk memberikan rumah ganti kepada kesemua penduduk yang terlibat.

Bagaimanapun difahamkan rumah ganti itu tidak diberikan kepada penduduk.
Namun pegawai itu membalas bahawa mereka mendapat arahan pihak atas dan tetap akan meneruskan tugas merobohkan 92 unit rumah tersebut.

Ahli PAS tersebut berkata bahawa tanah tersebu merupakan milik penduduk dan hak mereka.
Mereka juga berkata, Ahli Parlimen Sungai Buloh R. Sivarasa sudah bersetuju memberi masa sehingga bulan November untuk berpindah tetapi lain pula yang berlaku.

“Saya cakap sebagai Islam kepada Islam.
“Kalau India, saya rasa tak roboh. Saya faham dan bukan nak salahkan tuan. Saya juga minta penduduk hormat (keputusan kerajaan).

“Tapi saya nampak dalam isu ini, penduduk setuju dengan tawaran YB (ADUN Paya Jaras untuk bagi rumah ganti).

“Walaupun pejabat YB tidak keluarkan surat rasmi, tetapi ini adalah penganiayaan terhadap penduduk,” kata salah seorang ahli PAS itu.

Bagaimanapun pegawai itu bertegas untuk robohkan rumah tersebut.
“Saya dapat perintah dan saya akan teruskan,” kata pegawai majlis perbandaran itu.

Setakat perkembangan sehingga awal pagi ini, kesemua mangsa perobohan rumah itu tinggal sementara di bawah khemah yang didirikan oleh Unit Amal PAS.
Antara yang tinggal di khemah itu termasuk orang tua, kanak-kanak dan wanita.

Pejabat ADUN Paya Jaras setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut. – NTHQiBord, 19 September 2019.