Media sosial hari ini digunakan segenap lapisan masyarakat, dari kerabat diraja sehinggalah orang kebanyakan.

Lihat sahaja di Malaysia, bagaimana Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, cukup aktif di laman sosial yang sekali gus mendekatkan baginda dengan rakyat jelata.

Di England juga tidak kurang hebatnya apabila Istana Buckingham menawarkan gaji yang cukup tinggi untuk mengendalikan laman sosial mereka sekaligus bekerja secara dekat dengan Ratu Elizabeth.

Menurut iklan di laman LinkedIn, tawaran sebagai Ketua Jabatan Digital itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berkelayakan, dengan tangga gaji antara £45,000 (RM242,625) – £50,000 (RM269,583) setahun.

Ini bermakna, mereka yang terpilih akan diberi gaji … sekurang-kurangnya RM20,000 sebulan.

Antara kelayakan yang diperlukan ialah kemahiran paling tinggi dalam komunikasi digital, kreatif serta berpengalaman mengendalikan laman sosial berprofil tinggi untuk mana-mana individu atau organisasi.

Turut dinyatakan adalah faedah yang akan diterima seperti cuti tahunan 33 hari setahun, skim pencen dan makan tengah hari percuma.

Akaun media sosial keluarga diraja Britain itu kini memiliki 6.9 juta pengikut di Instagram, kira-kira 5 juta pengikut di Facebook dan 4.1 pengikut di Twitter.k