Foto - The Malaysian Times

Nampaknya saudara kita paling disebut-sebut berkenaan perihal formula yang macam-macam semasa PH menjadi pembangkang dahulu kala, Rafizi Ramli ingin tutup buku dengan dunia politik.

Moga berjaya dengan apa sahaja yang dia buat, moga fikirkanlah apa yang dia sudah lakukan dahulu, orang akan ingat sampai bila-bila.

Moga sinar keinsafan dan mana tahu, ingin kembali dan memperbetulkan keadaan negara dengan membalun Pakatan Harapan pula lepas ini, mana tahu kan.

Ingatlah, rakyat tidak akan lupa apa yang anda sudah lakukan sebelum ini, kata-kata anda, formula-formula anda. Rakyat tidak akan sedikit pun akan lupa.

Moga sukses wahai Rafizi. Adios.

Rafizi umum keluar politik, tumpu syarikat pemula guna teknologi AI

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengumumkan keluar dari dunia politik untuk menumpukan pada kehidupan baru, mengatakan beliau berada pada peringkat kehidupan di mana beliau “perlu belajar”.

“Ia jelas saya diciap kerana saya menjelaskan bahawa saya tidak akan kembali kepada politik.

“Ini adalah tahap kehidupan saya apabila saya perlu belajar. Hanya melalui pembelajaran kita boleh menjadi lebih baik & menyumbang yang lebih baik,” katanya di Twitter.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 Nov lepas melepaskan dan membebaskan Rafizi selepas membatalkan sabitan mendedahkan akaun bank berkaitan NFC, anak syarikatnya dan pengerusi Salleh Ismail.

Sabitan dan hukuman penjara terhadapnya menyebabkan beliau tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum ke-14 tahun lalu.

Peguamnya Nik Zarith Nik Moustpha kemudiannya berkata pasukan pembelaan diberitahu Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap pembebasannya.

Peguam Negara Tommy Thomas terkejut apabila jabatannya memfailkan rayuan terhadap pembebasan Rafizi bulan lepas dan akan mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Beliau juga berjanji akan membatalkan rayuan tersebut.

Rafizi yang kalah kepada Mohamed Azmin Ali untuk merebut jawatan timbalan presiden PKR tahun lalu, berkata beliau teruja untuk memberi tumpuan kepada kecerdasan buatan atau AI.

“Teruja untuk memberi tumpuan kepada AI, pembelajaran mesin & IoT,” katanya, merujuk istilah internet.

FMT