DUNIAPunya gempar! Heboh dikatakan wujudnya babi jadian atau 'ngepet'

Punya gempar! Heboh dikatakan wujudnya babi jadian atau ‘ngepet’

JAKARTA: Jabatan Bimbingan Masyarakat Islam, Kementerian Agama menegaskan kemunculan ‘babi ngepet’ atau babi jadian yang heboh diperkatakan oleh masyarakat ketika ini adalah mitos semata-mata.

Ketuanya, Kamaruddin Amin berkata, masyarakat tidak seharusnya percaya perkara yang tidak sahih, terutamanya umat Islam kerana boleh menjurus kepada syirik.

“Penduduk tidak sepatutnya percaya dengan perkara mitos seperti ini kerana boleh menimbulkan keresahan dan memicu kepada pergaduhan sesama mereka.

“Masyarakat termasuk umat Islam seharusnya berfikiran realistik dan rasional,” katanya kepada CNN Indonesia.

Mitos babi jadian terkenal dalam kalangan penduduk Indonesia dan mereka percaya haiwan itu digunakan oleh pengamal ilmu hitam untuk mencuri duit sehingga boleh menjadi kaya sekelip mata.

Sehubungan itu, Kamaruddin menasihatkan masyarakat agar mencari rezeki dengan cara yang baik dan halal mengikut agama masing-masing.

Katanya, tiada agama yang menyuruh penganutnya melakukan keburukan.

Baru-baru ini, sohor dalam media sosial mengenai kemunculan babi jadian di kampung Bedahan, Sawangan, Jawa Barat selepas seekor babi hutan ditangkap penduduk di kawasan hutan berhampiran.

......