AFRIKA SELATAN: Beberapa pakar perubatan mahu ubat jenis Ivermectin dilesenkan bagi kegunaan manusia walaupun belum dibuktikan berkesan secara klinikal.

Lapor BBC, banyak penduduk di negara ini terdesak mendapatkan sesuatu yang boleh mengurangkan kesan jangkitan akibat gelombang ketiga wabak yang melanda.

Ivermectin merupakan ubat yang digunakan untuk merawat cacing parasit sehingga mendapat banyak perhatian orang ramai.

Beberapa doktor memberitahu pesakit mereka melihat bukti anekdot, ia dapat mengurangkan beberapa kesan buruk akibat virus itu.

Bagaimanapun, pihak perubatan Afrika Selatan, pengeluar ubat itu serta beberapa saintis terkemuka memberi amaran supaya tidak menggunakannya untuk merawat wabak coronavirus.

Ditambah dengan program vaksinasi yang belum diterima oleh kebanyakan individu yang terdedah, terdapat kerisauan mengenai kes positif yang akan meningkat disebabkan suhu semakin rendah menjelang musim sejuk nanti.

Kes kematian akibat wabak Covid-19 sudah merekodkan lebih 52,000 kes di Afrika Selatan.