KOTA KINABALU: Pas Sementara Sabah (PSS) yang menimbulkan pelbagai reaksi daripada pemimpin politik dan rakyat keseluruhannya tidak akan dilaksanakan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, keputusan pembatalan tersebut dibuat dalam mesyuarat Kabinet Kerajaan Sabah hari ini.

Katanya, keputusan tersebut akan dimaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam tempoh terdekat.

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan supaya PSS dibatalkan setelah melihat dan mendengar suara rakyat, kerajaan negeri akan memaklumkan keputusan ini kepada KDN,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Shafie berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat reaksi rakyat yang menolak PSS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Sumber

https://www.borneotoday.net/pss-dibatalkan-shafie-akan-maklumkan-pada-kdn/