POLITIKPRN Sarawak: Anak Adenan Satem berdepan saingan empat penjuru di kerusi tradisi...

PRN Sarawak: Anak Adenan Satem berdepan saingan empat penjuru di kerusi tradisi keluarga

KUCHING: Azizul Annuar Adenan, 31, daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) merangkap anak bongsu kepada bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem bersaing secara empat penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 18 Disember ini.

Beliau yang bertanding buat pertama kali menggantikan penyandang yang juga ibunya, Puan Sri Jamilah Anu di kawasan itu dan berdepan dengan saingan calon daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK), Goem Pijar; Parti Sarawak Bersatu (PSB), Jery’in Fauzi dan Bebas, Abdul Talib Baee.

Pada PRN Sarawak lalu, Jamilah menyandang kerusi itu dengan undi majoriti 6,753 undi selepas kematian arwah Adenan yang dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 11 Januari 2017. – UTUSAN ONLINE

......