POLITIKPRN Melaka: Sebarang kerjasama dengan mana-mana parti diputuskan selepas PRN kata Muhyiddin

PRN Melaka: Sebarang kerjasama dengan mana-mana parti diputuskan selepas PRN kata Muhyiddin

Sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak sebaiknya biarlah diputuskan selepas pilihan raya, kata Pengerusi Perikatan (PN) Nasional Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, buat masa biarlah proses pilihan raya negeri (PRN) Melaka berjalan lancar dan rakyat Melaka diberi peluang memilih kerajaan yang hendak dibentuk.

“Saya tidak katakan kita bersedia bekerjasama atau tidak bersedia bekerjasama… jawapan saya jangan diputar media mengatakan saya bersedia, saya tidak berkata begitu, ‘I am non-committal’.

“Saya mahu melihat apakah keputusan pilihan raya dan selepas itu kita akan atur apakah langkah strategi kita,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan khas bersama “British Malaysia Chamber of Commerce” di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan semalam bahawa BN sedia merintis kerjasama dengan mana-mana pihak untuk membentuk kerajaan dan tidak hanya terhad kepada PN sahaja sekiranya hanya mampu mempertahankan 13 kerusi yang dimenangi.

“Yang penting kita teruskan usaha, yang akan memutuskan nanti akhirnya pengundi-pengundi yang menilai setiap parti bertanding mereka nak sokong mana… harap mereka sokong PN dan apa pun soal berbangkit selepas itu akan lihat selepas itu.

“Kalau pengundi Melaka faham dan tahu ini adalah pilihan raya untuk negeri bukan pilihan raya kecil yang nak pilih wakil rakyat seorang…sewajarnya ada satu pandangan yang agak menyeluruh undi mereka untuk bentuk kerajaan,” katanya.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 15 kerusi, iaitu 8 (DAP), 3 (PKR), 2 (Amanah) dan 2 (Bersatu).

Pada 2020, PN mengambil alih kerajaan dengan 17 kerusi, iaitu 14 BN, dua Bersatu dan satu Bebas sebelum empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada Sabtu ini.

PRN Melaka: Sebarang kerjasama hanya diputus selepas pilihan raya, kata Muhyiddin

......