POLITIKPRN Johor : PN sudah bersedia kata Abah

PRN Johor : PN sudah bersedia kata Abah

Perikatan Nasional (PN) bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada bila-bila masa susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, kata Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam satu kenyataan, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pengerusi Bersatu Johor berkata walaupun PN adalah sebahagian daripada kerajaan negeri Johor sebelum ini, keputusan pembubaran DUN itu dibuat tanpa perundingan dengan PN Johor.
Justeru, sebagai persediaan menghadapi pilihan raya, menurutnya PN akan mengadakan rundingan dengan parti anggotanya bagi memuktamadkan kerusi yang akan ditandingi selain memberi tumpuan kepada persiapan jentera parti.
“Sekiranya diberikan mandat, PN akan membentuk sebuah kerajaan berintegriti, prihatin rakyat dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada penyampaian perkhidmatan yang cemerlang demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat negeri Johor,” katanya.
Sabtu lepas, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor untuk memberi laluan kepada PRN Johor.
......