POLITIKPopulariti itu lagi penting berbanding idea, itulah dalam politik Melayu kata Ketua...

Populariti itu lagi penting berbanding idea, itulah dalam politik Melayu kata Ketua Pemuda Bunga

Dalam politik Melayu, idea tidak penting kerana semuanya berkaitan dengan kuasa dan populariti, kata Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Dalam nasihatnya kepada generasi muda yang berminat untuk membangunkan negara, Wan Fayshal berkata, “budaya buruk” itu tidak seharusnya menjadi norma di negara ini, malah harus disingkirkan.

“Politik ibarat mengheret anda dalam lumpur kerana yang penting adalah kuasa dan kedudukan. Saya tidak mahu ini menjadi kebiasaan dalam Bersatu dan mahu menghentikan budaya buruk itu, seterusnya mengubah corak parti politik,” katanya dalam webinar oleh Akademi Harimau Asia.

Wan Fayshal menambah, mereka yang berminat dalam politik lebih elok terlibat dengan aktiviti kesukarelaan NGO dan bukannya parti politik.

Menurutnya, ini kerana ia akan menyediakan asas dan pengetahuan mengenai selok-belok pembikinan dasar.

“Semasa di universiti, saya menjadi sukarelawan di Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Ini membantu saya membentuk idealisme sebagai aktivis pelajar dan saya bersyukur untuk itu.

“Saya ketika itu menghabiskan hari-hari saya dengan mempelajari dokumen di CAP, dan itulah pencetus untuk saya menceburkan diri dalam politik, ” katanya.

Dalam politik Melayu, populariti lebih penting berbanding idea, kata Ketua Pemuda Bersatu

......