NASIONALPM mengadap Agong pagi ini?

PM mengadap Agong pagi ini?

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini.

“Ada (majlis Perdana Menteri, Datuk Seri) Ismail Sabri menghadap Agong pagi pagi ini. Jam 11 pagi,” kata satu sumber.

Difahamkan pertemuan itu akan diadakan di Kuantan, Pahang.

Pertemuan itu dipercayai untuk mengemukakan senarai calon bagi jawatan menteri-menteri Kabinet.

Dalam pada itu, senarai menteri dijangka diumumkan Ismail Sabri pada Jumaat ini.

Sumber https://malaysiagazette.com/2021/08/25/pm-mengadap-agong-esok-pagi/

......