Anda dilarang untuk mengantungkan baju pengantin di Fire sprinkler system. Bahaya korang tau tak? Bukan sebab nanti terbakar ke apa, tapi benda ni dah 2 kali berlaku disekitar aku.

Bila gantung baju, guna hanger, mungkin nasib kita tak baik. Benda tu ada bahagian yang sensitif, dan bila pecah, air terus keluar. Baju pengantin basah satu hal, banjir pulak lepas tu. Karpet rosak. Siling bilik pon ada kemungkinan rosak jugak.

Sekali tahun 2013 dulu kot, dan sekali lagi minggu lepas. Yang 2013 kat mandarin oriental Hotel. Ko rasa kalau pengantin taknak kawtim masa tu, taktau la berapa banyak photographer tu kena bayar?

Dan yang minggu lepas, sebab orang hotel pantas cek cctv, so mangsa tak dapat nak cakap apa dah. Tu pon lepas abis dah budi bicara, kena bayar RM3000 sebab kerugian yang pihak hotel kena tanggung. Tak pasti pulak kot dieorang boleh claim insuran ke apa ke.. katanya sepatutnya lebih tapi ni dah abis diskaun.

So untuk semua adik-adik, hati-hati lah ye. Kita ni pergi cari rezeki, tiba-tiba nak kena bayar pulak kelain. Memang sedih.

Semoga jadi pengajaran ya. Carilah apa pon tempat lain nak gantung. Pegang ke, adik beradik pegang, lantak lah orang nak cakap apa. Janji ko tak kena keluar duit pulak tak memasal kan.

Kredit : Azreen Omar