Foto - The Star

Apa punya jenis kerajaan yang tiba-tiba nak ubah sesuatu yang hanya nampak keuntungan kepada mereka semata-mata.

PRK untuk parlimen disyorkan supaya kalau ada kematian atau kes-kes yang mengundang berlakunya PRK, akan disandang terus kepada parti yang menang disitu tanpa perlu buat PRK.

Habis, kalau parti bebas yang menang, bagaimana nak tukar parti bebas tersebut? Logik sedikit wahai kerajaan yang memerintah. Kata negara demokrasi, demokrasi apa jenis macam ni?

Makin pelik sejak mereka mengalami kekalahan teruk di PRK Tanjung Piai. SPR usah buat perkara yang merumitkan, rakyat memerhati, rakyat memendam. PRU 15 nanti pasti ada jawapan untuk Kerajaan yang hanya pandai bercakap sahaja ini.

PH nak mansuh PRK selepas kalah empat kali berturut-turut – Najib

KUALA LUMPUR – Adakah ini suatu tindakan wajar?

Kerajaan mencadangkan sistem baharu bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak lagi mengadakan pilihan raya kecil (PRK).

Bagaimanapun cadangan tersebut dipersoal Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan cadangan itu adalah seolah-olah mahu menutup kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam empat PRK sebelum ini.

“Setelah kalah empat PRK berturut-turut tahun ini kepada BN (kita tak tanding Sandakan) termasuk kekalahan teruk di Tanjung Piai, PH mahu mansuhkan PRK,” katanya menerusi status yang dimuatnaik dalam Facebooknya.

Beliau berkata demikian mengulas laporan The Malaysian Insight yang menyatakan PRK tidak lagi perlu diadakan sebaliknya akan diganti dengan wakil dari parti sama.

Menurut laporan itu lagi, cadangan itu juga dibuat dengan alasan rakyat sudah membuat pilihan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) dengan memilih parti bukan individu.

https://web.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10156590771590952/?type=3&theater

Netizen marah

Bagaimanapun, cadangan tersebut mengundang reaksi negatif netizen yang menyifatkannya sebagai satu tindakan terdesak oleh parti pemerintah.

“Jangan menafikan hak rakyat. Kalau rakyat dah tolak ahli parti tu kena terima dengan hati terbuka.

“Ini umpama cuba mengelakkan kehilangan kerusi. Betul-betul ‘Rule Of Jungle’ gayanya. Sudah besar kepala kerajaan PH ini,” luah Mohd. Rafi.

“Wah, macam itu pula! Aturan manusia, kalau jatuh pada tangan yang salah yangg boleh mengubahnya, memang senang rakyatnya diperkotak-katikkan. Demokrasi terpimpin konon,” komen Arif Shafrizan Ariffin.

“Kalau mahu sangat macam itu, bubar Parlimen sekarang. Buat PRU semula, kemudian jalankan sistem yang PH cadangkan, kita lihat apa jadi, menang ke tidak?” balas Najib Rahman. – SM