Foto - Isma Web

Degil, kiasu, cuavanis, serta tidak peduli akan kesejahteraan perpaduan, apa yang degil sangat Dong Zong ni?

Motif untuk meneruskan persidangan bakal mengundang bantahan keras dari pertunuhan pro Melayu, malah dirisaukan akan berlaku provokasi yang serius, orang Melayu jangan disangka diam, tetapi tidak berani untuk membuat bantahan.

Cara Dong Zong ini ibarat sengaja melempar minyak ke dalam api.

Kalau benar ingin teruskan, maka akana ada perhimpunan mega untuk membantah persidangan ini nanti oleh ngo-ngo atau pertubuhan Melayu beserta parti politik.

Bacaan dibawah ini..

Persidangan pertubuhan Cina tetap diteruskan

PETALING JAYA – Walaupun menerima teguran daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, tetapi Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong)  tetap mahu mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember akan datang.

Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim berkata, persidangan itu merupakan satu program aman yang bertujuan menyampaikan permintaan damai pertubuhan Cina mengenai kemajmukan.

“Tindakan susulan akan ditentukan oleh persidangan,” katanya secara ringkas kepada Sinchew Daily.

Dr. Mahathir sebelum itu telah memberi peringatan bahawa penganjuran persidangan pertubuhan Cina akan mengundang kesan tidak diingini.

Kata Perdana Menteri, ia akan menyebabkan masyarakat Melayu bertindak balas dengan mengadakan persidangan sendiri untuk membincangkan isu seperti penutupan sekolah Cina.

Dr. Mahathir berkata, sebagai negara yang bebas, setiap orang boleh bersuara, tetapi mereka juga perlu mengekalkan sensitiviti terhadap kaum lain.

Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang secara gabungannya dikenali Dong Jiao Zong akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember untuk membantah penerapan pengenalan tulisan Jawi dalam subjek teras iaitu  Bahasa Melayu sekolah vernakular.

Pertubuhan berkenaan bagaimanapun dilaporkan mengalakkan supaya pengenalan tulisan Jawi dijalankan dalam bentuk aktiviti kokurikulum. – MalaysiaGazette