PENUNTUT warga Indonesia dipenjara seumur hidup di Manchester, England, pada Isnin selepas didapati bersalah terhadap lebih 150 tuduhan, termasuk 136 tuduhan rogol.

Mahkamah Manchester diberitahu Reynhard Sinaga, 36, mungkin menyerang seramai 195 lelaki dengan mengajak mereka ke kediamannya dengan tawaran tempat tinggal dan hidangan minuman keras.

Hakim, Suzanne Goddard menggambarkan lelaki yang berasal dari Jambi, Indonesia itu sebagai ‘pemangsa seksual yang jahat’ yang menjerat lelaki muda mabuk.

Dia dipercayai menggunakan sedatif menyebabkan mangsanya tidak sedarkan diri sebelum merogol mereka.

Kebanyakan mangsa tidak mengetahui mereka diserang. Bagaimanapun, tertuduh ditahan selepas seorang daripada mangsa tersedar.

Goddard mencadangkan dia menjalankan hukuman sekurang-kurangnya selama 30 tahun.

Sinaga disabitkan dengan 159 kesalahan, termasuk 136 kesalahan rogol dan lapan cubaan rogol.

Perbicaraan pertama bermula pada Jun 2018 dan yang terakhir tamat Disember lalu. AFP