Pemandu lori mengotakan janji mereka ingin mogok dan tidak ingin membawa lori seharian pada hari ini.

Katanya tidak puas hati dengan undang-undang yang menyusahkan mereka. Undang-undang yang tidak boleh pakai dan sengaja menutup rezeki menurut kata seorang pemandu lori yang ditemui di sini.

Kalau berterusan begini, mahu lumpuh penghantaran barang-barang perindustrian dan logistik, lumpuh sistem ekonomi bandar dsn kampung nanti.

Harap Kementerian Pengangkutan jangan ego sangat. Berjumpa dan berbincanglah. Kata Malaysia Baharu yang menjaga rakyat. Buktikanlah sekarang.