BERSIMPATI dengan nasib abang botak yang dijatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana memecahkan cermin hadapan sebuah kereta menggunakan topi keledarnya pada Selasa lalu, seorang peguam tampil mahu membantu pemuda itu untuk mengemukakan permohonan rayuan terhadap hukuman yang dikenakan ke atas lelaki itu.

Peguam tersebut, Suzana Norlihan Ujen menyifatkan hukuman penjara yang dikenakan terhadap Danial Abdullah Tan, 31, sebagai tidak adil.

Beliau berkata, tindakan itu dilakukan bukan disebabkan menyokong perbuatan pemuda terbabit tetapi sekadar mahu menegakkan keadilan buat dirinya.

“Bukan nak jadikan abg botak tu hero. Tapi nak tegakkan keadilan yang makin pupus kat Malaysia ni,” tulisnya di Facebook.

Danial, 31, dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini selepas mengaku bersalah menghentak cermin sebuah kereta dengan topi keledar di Taman Bukit Serdang Seri Kembangan, 5.30 petang, Selasa lalu.

Suzana Nurlihan Ujen
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219751569326437&id=1434687343