DUNIAPANTAS! Indonesia benarkan masa 20 minit untuk makan di restoran

PANTAS! Indonesia benarkan masa 20 minit untuk makan di restoran

MEDAN: Kerajaan Indonesia memutuskan untuk melanjutkan sekatan Covid-19 tahap 4 sehingga 2 Ogos ini dan beberapa pelonggaran turut dilakukan.

Antaranya, orang ramai dibenarkan makan di restoran atau mana-mana kedai makan dengan syarat hanya 20 minit masa yang diperuntukkan.

Namun, perkara itu tidak disenangi beberapa pengusaha kedai makan yang mendakwa masa 20 minit hanya menyebabkan orang makan secara terburu-buru.

Sehubungan itu, mereka meminta kerajaan supaya mempertimbangkan semula pelonggaran itu.

Seorang daripada pengusaha kedai makan, Haris berkata, masa paling ideal untuk makan di restoran sekurang-kurangnya 40 minit.

“Masa 40 minit itu bersesuaian untuk pelanggan menikmati makanan tanpa perlu terburu-buru, malah tidak mustahil pelanggan boleh tercekik jika mereka makan dengan cepat,” katanya.

Bagi seorang pelanggan kedai makan, Adli menyatakan peraturan baharu itu menyukarkan, dan lenih baik jika sekatan tidak boleh makan di restoran dilanjutkan.

“Makan terburu-buru seperti berada di medan perang sedangkan kita perlu makan secara tertib dan menikmatinya,” ujarnya.

Indonesia benarkan masa 20 minit untuk makan di restoran

......