POLITIKPANAS!! Zuraida keluar Bersatu, sertai PBM

PANAS!! Zuraida keluar Bersatu, sertai PBM

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mengumumkan keluar daripada Bersatu dan akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Katanya, beliau akan membincangkan peletakan jawatannya sebagai menteri perusahaan perladangan dan komoditi dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat.

Beliau bagaimanapun berpendirian akan terus menyokong kerajaan di bawah pimpinan Ismail, selaras dengan pendirian PBM.

Zuraida menyertai Bersatu selepas dipecat daripada PKR susulan Langkah Sheraton pada 2020.

“Setelah membuat pertimbangan yang mendalam, saya memutuskan untuk menyertai PBM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Zuraida turut berterima kasih kepada bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Ismail atas kepercayaan mereka melantik beliau sebagai menteri Kabinet.

“Sepanjang saya berkhidmat di kedua-dua kementerian, saya telah berusaha memberikan yang terbaik dan membawa perubahan positif kepada rakyat dan kehidupan mereka,” katanya.

Pada April lalu, FMT melaporkan Zuraida dijangka keluar Bersatu April lalu. Menurut sumber, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu berkongsi rancangannya dengan pimpinan PBM.

FMT mengesahkan Zuraida dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp pimpinan tertinggi Bersatu yang turut dianggotai presiden parti itu, Muhyiddin pada awal Feb lalu.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/05/26/zuraida-keluar-bersatu-sertai-pbm/

......