POLITIKPanas! Wan Saiful kata Najib memang jenis 'claim' kredit dan #klustermerungut

Panas! Wan Saiful kata Najib memang jenis ‘claim’ kredit dan #klustermerungut

Isu Covid-19 adalah antara perkara yang amat tidak wajar dipolitikkan, mana yang baik kita sokong, mana yang lemah kita perbaiki dan bukan tuding jari sana sini.

Sebaiknya semua pakat-pakat usaha supaya menang bersama, kata Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Wan Saiful Wan Jan.

“Tetapi #KlusterMerungut yang diketuai Najib Razak dan barisan pembangkang setiap hari cuba mencari kesalahan dan ‘claim’ kredit,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata, kenyataan-kenyataan di media sosial jelas memperlihatkan Najib sebagai seorang yang terdesak.

“Dia terdesak supaya orang terlupa jenayah dan rompakan yang dilakukan.

“Pembangkang pula cuba menutup perbalahan dalaman mereka. Tapi kalau iya pun, pilihlah isu yang sesuai,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Saiful turut tidak menafikan ada keputusan kerajaan yang tidak disenangi rakyat.

“Dalam mengurus Covid-19, saya lihat Tan Sri Muhyiddin Yassin tenang dan fokus. Memang kita tahu ada beberapa keputusan yang akan membuatkan kerajaan jadi tidak popular atau dituduh flip flop.

“Tetapi Tan Sri Muhyiddin tegas; laksana yang terbaik untuk rakyat berdasarkan data terkini walaupun ia tidak popular atau mengundang tohmahan.

“Sesekali ia menyebabkan kerja orang macam saya jadi sukar. Macam mana nak terangkan kepada rakyat apabila daripada awal kita dah tahu ia tidak popular?,” tulisnya lagi.

Wan Saiful akur dengan cara Muhyiddin yang tidak mencari populariti sebaliknya perlu disegerakan untuk kebaikan rakyat.

“Paling penting bagi beliau ialah menjaga rakyat, walaupun ada kesan politik kepada dirinya sendiri,” katanya.

Dalam hantaran sama, Wan Saiful turut menyangkal idea bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar ditubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran).

“Daripada segi logik kuasa, sebenarnya cadangan ini pasti memudahkan Tan Sri Muhyiddin mentadbir kerana ia akan membolehkan kuasa  dipusatkan lebih kuat lagi.

“Tetapi cadangan yang autoritarian ini tidak diambil kerana beliau mahu mengekalkan ciri kerajaan ‘civilian’. Tan Sri Muhyiddin bukan seorang yangg autoritarian.

MGF_03042021_MESYUARAT-MT-BERSATU_16
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Jelasnya, dalam keadaan kerajaan sedang berfungsi dengan optimum, buat masa Malaysia tidak perlu Mageran.

“Kerajaan berfungsi dengan baik. Bilangan kes baharu sedang dikawal. Kadar vaksinasi kita pula kini antara yang tertinggi di Asia.

“Pelabur pun sudah mula kembali, bantuan pun sampai ke tangan hampir semua yang memerlukan.

“Saya berpegang bahawa tanggungjawab kita sekarang ialah membantu menjadi penyelesai masalah.

“Kita semua mesti memainkan peranan masing-masing. Bukan merungut tidak berkesudahan atau berterusan mencari salah,” katanya.

Malaysia pernah mewujudkan Mageran untuk menggantikan Kabinet selepas Pilihan Raya Umum 1969. Kuasa pentadbiran dipusatkan di bawah Mageran.

Tetapi sekarang Perikatan Nasional mengekalkan Kabinet penuh yang menjalankan fungsi-fungsi seperti biasa.

“Darurat kita kini ialah darurat kesihatan, bukan darurat keselamatan. Jadi Kabinet dan fungsinya boleh dikekalkan,” jelasnya.

Wan Saiful pula dakwa Najib ‘claim’ kredit

......