POLITIKPANAS!! Umno Kelantan kata ‘putus’, tapi PAS mahu kekal kerjasama hingga PRU15

PANAS!! Umno Kelantan kata ‘putus’, tapi PAS mahu kekal kerjasama hingga PRU15

Walaupun Umno Kelantan memutuskan kerjasama hari ini, PAS akan terus mengekalkan hubungan dengan parti itu hingga pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ahmad Yakob melalui Facebooknya menjelaskan, keputusan itu dibuat semasa mengadakan perjumpaan dengan Biro Politik Umno petang tadi.

“Kita (PAS) akan mengekalkan hubungan (dengan Umno) Kelantan sehingga PRU15,” katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan, Mohd Nasaruddin Daud ketika dihubungi FMT turut mengesahkan perkara itu.

Terdahulu, pemimpin Umno dan PAS Kelantan mengadakan pertemuan di kediaman rasmi Menteri Besar petang tadi.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakob memutuskan kerjasama dengan PAS negeri.

Jazlan memaklumkan penamatan kerjasama itu berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, keputusan itu dibuat memandangkan PAS masih menjalankan kerjasama dengan Bersatu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, keputusan tidak bekerjasama itu dibuat selepas mencapai kata sepakat daripada pimpinan Umno negeri susulan mesyuarat khas dengan pimpinan PAS negeri petang tadi.

Umno Kelantan kata ‘putus’, tapi PAS mahu kekal kerjasama hingga PRU15

......