POLITIKPanas!! Tubuh gerakan Melayu, Dr M ambil langkah ke belakang, kata Kit...

Panas!! Tubuh gerakan Melayu, Dr M ambil langkah ke belakang, kata Kit Siang

Keputusan Dr Mahathir Mohamad menubuhkan gerakan Melayu baharu disifatkan sebagai langkah ke belakang, termasuk satu “hentaman” terhadap Wawasan 2020, kata veteran DAP Lim Kit Siang.

Katanya, beliau amat sedih melihat langkah diambil bekas perdana menteri itu menubuhkan Gerakan Tanah Air (GTA). “Perkara ini satu langkah ke belakang yang memusnahkan Wawasan 2020 dan konsep Bangsa Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Lim berkata, Mahathir melakukan tindakan yang dulu dikritiknya dalam bukunya, “Capturing Hope”, di mana Mahathir menyatakan idea “kerajaan Melayu-Islam” tidak mungkin berlaku memandangkan Malaysia mempunyai lebih 30% populasi bukan Melayu.

Mahathir, yang juga pengerusi Pejuang, berkata kerajaan sebelum ini, Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin bergantung kepada sokongan bukan Melayu untuk bertahan.

Lim berkata, amat menyedihkan melihat Mahathir “berpusing sepenuhnya”.

Semalam, Mahathir berkata, GTA meliputi parti berasaskan Melayu, badan bukan kerajaan, ahli akademik dan profesional, yang sasaran utamanya menukar kerajaan dan mencabar Umno, pada pilihan raya umum akan datang.

Mahathir dijangka menjadi pengerusi kepada gabungan itu. Katanya, fokus utama gabungan berkenaan untuk menawan kawasan majoriti Melayu.

Tubuh gerakan Melayu, Dr M ambil langkah ke belakang, kata Kit Siang

......