Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim gestures as he speaks during a talk session on the auditor-general's reports in Petaling Jaya on October 11, 2013. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan soal perubahan kerajaan tidak dibincangkan dalam sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Sebaliknya Presiden PKR itu berkata beliau mengutarakan pandangannya berkenaan kesan COVID-19, kewajaran Parlimen bersidang dan darurat yang tidak perlu diteruskan.

Katanya, beliau amat terharu dengan kearifan Al-Sultan Abdullah berkenaan pandemik COVID-19 yang mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk pakar perubatan.

“Itu soal (perubahan kerajaan) yang tidak berbangkit sekarang” katanya kepada pemberita yang menunggu di Pintu 2 Istana Negara.

Berita Harian