POLITIKPANAS SUNGGUH! Lid kata 'Kerajaan Perpaduan' akan jadi pilihan

PANAS SUNGGUH! Lid kata ‘Kerajaan Perpaduan’ akan jadi pilihan

Kestabilan politik : Kerajaan Perpaduan bakal jadi pilihan semua. Jika benarlah Datuk Seri Ismail Sabri mendapat 114 sokongan dan kemudian ia dilantik sebagai perdana menteri, kerajaan ini bakal tidak stabil, kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad.

Sehubungan itu, ahli Parlimen Shah Alam itu ketika berkicau di Twitter beliau pagi ini berkata, Yang Dipertuan Agong diyakini beliau akan mencari penyelesaian yang lebih mantap dan kukuh di mana kerajaan perpaduan antara penyelesaiannya.

“Ismail Sabri dikatakan mendapat sokongan 114 ahli Parlimen untuk dilantik sebagai PM.

Kestabilan

“Kalau benar, sejauhmana kestabilan kerajaan dibentuknya?” tanya Khalid.

Sehubungan itu, beliau berpendapat, kerajaan ini hanya sestabil kerajaan Tan Sri Mahiaddin Md Yassin sahaja yang bertahan hanya setahun lima bulan.

“Sestabil kerajaan MY rasanya. Alhasil balik asal. Tak stabil langsung,” katanya.

Sehubungan itu, beliau yakin YDP Agong mesti mencari penyelesaian yang lebih mantap dan kukuh lagi.

“UG (Kerajaan perpaduan)?” kata Khalid yang menjangkakan pembetukan kerajaan perpaduan diperlukan oleh negara ketika negara dan rakyat berdepan dengan Covid-19 ini.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/kerajaan-ismail-sabri-tidak-akan-stabil-adakah-kerajaan-perpaduan-jawabnya/

......