NASIONALPANAS!! Skandal 1MDB : SPRM serah kertas siasatan terhadap Zeti, Nor Mohamad...

PANAS!! Skandal 1MDB : SPRM serah kertas siasatan terhadap Zeti, Nor Mohamad Yakcop kepada Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan kertas siasatannya mengenai hubung kait bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan 1MDB kepada Jabatan Peguam Negara.

FMT dimaklumkan kertas siasatan SPRM itu menyusul siasatan polis ke atas keluarga Zeti sebelum ini berhubung dana yang dikaitkan kepada ahli perniagaan yang diburu polis Low Taek Jho atau Jho Low.

Hasil siasatan Bukit Aman itu diserahkan kepada Peguam Negara bulan lalu.

Sumber memberitahu FMT, kertas siasatan SPRM terhadap bekas Menteri Kewangan ll Nor Mohamad Yakcop mengenai isu sama, juga akan di hantar ke pejabat Peguam Negara.

“(Semua) siasatan terhadap perkara ini akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk diserahkan kepada PDRM kerana PDRM telah menjalankan siasatan terhadap suami Zeti (Tawfiq Ayman),” kata sumber itu.

Menurut sumber itu, polis telah mengambil keterangan Tawfiq pada tahun lepas berhubung “penerimaan wang ke dalam akaun milik beliau di Singapura yang diperoleh hasil daripada terbitan (bon) RM5 bilion oleh Ambank pada tahun 2009.”

“Siasatan SPRM memberi tumpuan kepada pemulangan aset yang mana setakat ini telah berjaya memperoleh sebanyak AS$15.4 juta membabitkan akaun Cutting Edge Industries Ltd milik Tawfiq,” katanya.

Mac lalu, polis dilaporkan menyiasat Tawfiq berhubung dana kaitan 1MDB yang didakwa di salurkan ke sebuah akaun bank miliknya di Singapura.

Sebelum itu, polis Singapura dilaporkan memaklumkan Bank Negara mengenai transaksi mencurigakan pada tahun 2015 dan 2016 melibatkan syarikat milik suami Zeti dan anaknya. Transkasi itu membabitkan dana daripada akaun yang dikaitkan kepada Jho Low.

Ketika itu, Zeti adalah gabenor Bank Negara.

Minggu lalu, Zeti dan Mohamed dilaporkan disiasat oleh SPRM. Menurut Utusan Malaysia, siasatan itu dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

 

Skandal 1MDB : SPRM serah kertas siasatan terhadap Zeti, Nor Mohamad Yakcop kepada Peguam Negara

......