POLITIKPanas!! Saman Najib ‘serangan kolateral’ atas tuduhan 1MDB, kata peguam

Panas!! Saman Najib ‘serangan kolateral’ atas tuduhan 1MDB, kata peguam

Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa saman bekas perdana menteri Najib Razak terhadap Tommy Thomas atas dakwaan misfeasans dalam jawatan awam adalah “serangan kolateral” terhadap kes 1MDB yang sedang berjalan.

Mewakili bekas peguam negara itu, peguam Alan Gomez berkata, pemfailan saman itu ialah suatu penyalahgunaan proses mahkamah kerana kes jenayah Najib masih menunggu dibicarakan.

“Membenarkan tuntutan (Najib) diteruskan bermakna membicarakan fakta kes jenayah pada aras beban pembuktian lebih rendah, bukannya lebih tinggi seperti yang dikehendaki di mahkamah jenayah,” katanya dalam usaha untuk membatalkan saman Najib.

Najib memfailkan saman terhadap Thomas dan kerajaan tahun lepas, mendakwa bahawa tuduhan berkait 1MDB terhadapnya adalah “sebahagian daripada usaha yang telah lama dirancang”.

Sebelum perbicaraan bermula, peguam mewakili Najib, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, berkata bekas perdana menteri itu tidak akan meneruskan tuntutannya terhadap kerajaan persekutuan, tanpa memberikan alasan.

Saman Najib ‘serangan kolateral’ atas tuduhan 1MDB, kata peguam

......