POLITIKPANAS!! Poster Muda Kedah dakwa PKR, Harapan amal korupsi

PANAS!! Poster Muda Kedah dakwa PKR, Harapan amal korupsi

Penerangan Muda Kedah dikenakan tindakan gara-gara berkongsi poster yang memaparkan PKR dan parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan mengamalkan korupsi.

Poster yang dinaikkan di Facebook Parti Muda Kedah malam tadi, turut mendakwa Perikatan Nasional dan Barisan Nasional saling mengamalkan korupsi bersama-sama parti-parti pembangkang terbabit.

Tertulis pada poster itu kenyataan berbunyi ‘Hentikan korupsi, undi dan ubah persepsi’.

Manakala pada kapsyen hantaran tersebut ditulis ‘Jangan biarkan korupsi binasakan institusi negara’.

muda-kedah-4

Tambahnya, perkongsian poster berkenaan tidak mematuhi sebarang prinsip yang jelas dalam Muda.

Luqman dalam satu kenyataan berkata, beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap perkongsian poster berkenaan.

“Sebagai langkah ke hadapan, saya telah mengambil keputusan untuk menggantung Penerangan Muda Kedah dari sebarang aktiviti berkaitan Muda.

“Ini sama sekali tidak menfikan bahawa kekhilafan dari pihak saya telah mengeruhkan hubungan yang baik antara Muda dan rakan-rakan pembangkang lain.

“Maka, saya memohon maaf atas kejadian yang tidak diingini ini dan bersedia untuk mengambil tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan Muda dengan apa-apa keputusan dan tindakan disiplin dari Muda Nasional,” katanya.

Poster tersebut telahpun dipadam daripada Facebook Parti Muda Kedah.

Muda yang dipimpin bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini mengumumkan kerjasama dengan PKR, DAP dan Amanah dalam Pilihan Raya Negeri Johor.

Amanah dan DAP bersetuju untuk membenarkan Muda bertanding di enam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertanding kedua-dua parti itu sebelum ini.

Sementara PKR pula dilaporkan akan menyerahkan tiga DUN kepada Muda untuk dipertanding dalam PRN Johor yang akan berlangsung bulan depan.- MalaysiaGazette

Poster Muda Kedah dakwa PKR, Harapan amal korupsi

......