NASIONALJenayahPANAS! Polis siasat laporan baharu gangguan seksual dikaitkan Ebit Lew

PANAS! Polis siasat laporan baharu gangguan seksual dikaitkan Ebit Lew

Polis sedang menyiapkan satu lagi kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan pendakwah terkenal, Ebit Lew, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan.

Beliau berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan berhubung laporan yang dibuat di Semenanjung, termasuk mengesan saksi berhubung dakwaan itu.

“Belum pasti bila akan didakwa, masih disiapkan siasatan lagi,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Pada 18 Feb lalu, Ebit, 37, mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 20 hingga 23 April ini untuk penyerahan dokumen dan perbicaraan pada Jun nanti. Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dan dua penjamin.

Untuk rekod, Ebit berdepan pertuduhan membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

Semua pertuduhan bagi kesalahan yang didakwa berlaku di Tenom, Sabah antara Mac hingga Jun 2021 adalah terhadap seorang wanita Melayu.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/04/05/polis-siasat-laporan-baharu-gangguan-seksual-dikaitkan-ebit-lew/

......