POLITIKPANAS!! PKR beri amaran, apa yang boleh dilakukan PAS jika berkuasa

PANAS!! PKR beri amaran, apa yang boleh dilakukan PAS jika berkuasa

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil memberitahu pengundi Melaka supaya berfikir sebaik-baiknya untuk memilih kerajaan negeri selepas ini susulan keputusan PAS yang mengharamkan premis perjudian di Kedah.

Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR, mempersoalkan sama ada PAS, yang bertanding di bawah lambang Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu dan Gerakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, akan mengenakan larangan sama sekiranya ia menang.

Sambil merujuk kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) membawa ideologi komunis, beliau berkata pengharaman premis judi itu menjadi peringatan mengenai perkara yang akan berlaku di bawah pentadbiran terdiri daripada parti Islam itu.

Pemimpin daripada kedua-dua parti politik termasuk MCA dan MIC telah membidas keputusan kerajaan negeri Kedah yang mengharamkan premis judi di negeri itu dengan tidak memperbaharui lesen perniagaan mereka.

“Persoalan saya kepada pengundi di Melaka ialah, adakah PAS berniat untuk melakukan yang sama kalau mereka memegang kuasa?” soal Fahmi dalam sidang media dalam talian di Parlimen hari ini.

“PAS perlu menghentikan daripada menggunakan agama sebagai gimik politik dan seperti disebut oleh Ahli Parlimen Hulu Langat (Hasanuddin Mohd Yunus) tadi, parti itu mesti berhenti menjadi hipokrit dan menyebarkan maklumat palsu.”

Dalam ceramah PN di Melaka, Kamaruzaman mendakwa bahawa PH mempromosikan ideologi komunis dan tidak harus diberi mandat untuk kembali berkuasa.

Terdahulu, pada sidang media di Parlimen, Hasanuddin meminta PAS menarik balik kenyataan itu kerana ia menjadi kempen fitnah disebabkan mereka ketandusan idea dalam PRN Melaka.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menggelar PAS sebagai parti yang “berbohong” dan “munafik”.

“Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang sebelum ini Pengerusi Jemaah Penasihat Umno pernah menggelar PAS sebagai ‘pelacur politik’. Adakah mereka (PAS) mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau?” soalnya.

“Saya tidak akan menggelar PAS seperti itu tetapi akan menggelarnya sebagai parti yang berbohong dan ‘munafik’ kelas pertama. Apa yang saya tahu mereka kini ‘tidur sebilik’ dengan parti politik seperti MCA, MIC dan Gerakan,” kata Lim.

Fahmi berkata dakwaan PAS bahawa PH mempromosi ideologi komunis adalah tidak tepat, sambil menyenaraikan beberapa kes membabitkan pemimpin PAS yang gagal dalam kes saman mereka sejak 2017.

Katanya, ahli parti terpaksa membayar jumlah wang yang besar dan ia membuktikan tuduhan PAS lazimnya terbukti palsu.

“Mungkin PAS perlu bertanyakan kepada rakannya Barisan Nasional (BN) kerana apa yang saya ingat, gabungan itu menjalin hubungan dengan parti komunis pada 2017,” katanya yang merujuk mesyuarat tertutup antara BN dan Parti Komunis China ketika itu.

“Mengenai ICERD, orang yang membawa cadangan ini adalah daripada PN sendiri, iaitu Bersatu. Jadi, Kamaruzaman harus bertanyakan perkara itu dengan Menteri Luar ketika itu yang masih menjadi Menteri Luar sekarang,” katanya.

PKR beri amaran apa yang boleh dilakukan PAS jika berkuasa

......