POLITIKPanas!! Pemimpin Pas perlu elak serang UMNO – Khairuddin

Panas!! Pemimpin Pas perlu elak serang UMNO – Khairuddin

Semua peringkat kepimpinan Pas perlu mengelakkan serang-menyerang dan sindir menyindir yang tidak membantu kepada kerjasama dengan UMNO.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, semangat persaudaraan perlu disuburkan demi Islam dan umat.

“Hidupkan kembali Muafakat Nasional (MN),” kata bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan buat sekian kalinya menegaskan musuh parti itu adalah Pakatan Harapan (PH) dan bukannya UMNO.

Beliau berkata, partinya akan kekal dengan pendirian menjalinkan hubungan dengan UMNO sebagai Rakan Ta’awun sekaligus tidak bersetuju sama sekali dengan sebarang ketetapan atau pendirian yang menggambarkan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) nanti. – MalaysiaGazette

Pemimpin Pas perlu elak serang UMNO – Khairuddin

......