POLITIKPANAS! Pemimpin muda Amanah panas hati sebab pembangkang tidak dapat majoriti

PANAS! Pemimpin muda Amanah panas hati sebab pembangkang tidak dapat majoriti

Memiliki 105 ahli parlimen yang menyokong namun gagal mendapat tambahan sekurang-kurangnya enam lagi untuk majoriti minimum adalah satu lagi kegagalan kepimpinan Pakatan Harapan (PH), kata beberapa pemimpin pemuda Amanah Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan bersama itu mereka berkata kegagalan terbaru itu semakin menghakis keyakinan orang ramai kepada PH serta kewibawaan pemimpinnya.

Justeru kata mereka terus melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali sambil mengharapkan hasil yang berbeza adalah jelas bukan sikap yang pragmatik buat gabungan berkenaan.

Rakyat Malaysia, kata mereka, berhak mendapat barisan pemimpin yang kompeten untuk mengemudi negara mengikut hala tuju yang sepatutnya dalam krisis seumpama sekarang.

Untuk mengatasi masalah ini, pemimpin PH perlu kembali ke meja rundingan untuk mencari puncanya dan menyusun semula strategi.

“Pimpinan perlu bertanggungjawab atas kegagalan ini dan merombak struktur sedia ada untuk membuka khemah pembangkang yang lebih besar dan melunaskan semua cadangan dasar Covid-19 yang lebih konstruktif,” kata mereka.

Ia dikeluarkan Ketua Pemuda Amanah Lembah Pantai, Zulhafiz Zulkifli, Hafizzuddin Razian (Kepong) Mohd Nur Fadhil (Bandar Tun Razak) dan Sheikh Khuzaifah Sheik Abu Bakar (Bukit Bintang).

Kata pemimpin pemuda terbabit, mereka yakin kegagalan mengambil alih pemerintahan baru-baru ini mesti menjadi pengajaran kepada pemimpin PH.

“Proses semak dan imbang yang efektif daripada suara kesatuan alternatif yang lebih jelas akan menjadi mercu harapan untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat terhadap kemampuan pembangkang mentadbir Malaysia dengan lebih baik,” kata mereka.

https://www.malaysiakini.com/news/588221

......