POLITIKPANAS!! Pejuang dengan nada yakin, gerak solo, tanding 42 kerusi PRN Johor...

PANAS!! Pejuang dengan nada yakin, gerak solo, tanding 42 kerusi PRN Johor -sumber

Selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan, Pejuang menjadi parti pertama mengumumkan untuk bertanding di 42 kerusi negeri itu.

Pada masa sama, Ketua Pejuang Johor, Saharuddin Mohd Salleh menjelaskan parti itu sudah mengumumkan tidak menyokong mana-mana pihak dan bertanding sendirian walaupun tidak di semua 56 kerusi DUN.

“Calon yang dipilih adalah dalam kalangan belia, wanita, profesional, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), bekas pegawai kerajaan, ahli perniagaan. Nama calon akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Keutamaan lokasi calon Pejuang dinilai berdasarkan majoriti pengundi Melayu di kawasan masing-masing,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Katanya, beliau bagaimanapun terbuka jika mana-mana parti mahu bekerjasama dengan Pejuang pada PRN negeri nanti.

Beliau yang juga Bendahari Pusat parti berkata, pihaknya yakin calon dipilih mempunyai kriteria dipercayai iaitu tidak akan berlaku isu lompat parti.

Menurutnya, Pejuang Johor akan mula menggerakkan siri jelajah ke seluruh negeri setiap Sabtu.

“Kita akan memperkenalkan parti melalui jelajah Tebuk, pada logo, warna, bendera dan lain-lain, supaya orang tahu Pejuang,” katanya.

Pejuang gerak solo, tanding 42 kerusi PRN Johor

 

......