Muralitharan (kiri) bersama penyokong PCM hadir membuat laporan kepada SPRM di sini hari ini. Foto - Sinar Harian

PUTRAJAYA – Parti Cinta Malaysia (PCM) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pendedahan 101 projek perolehan berjumlah RM6.61 bilion ditawarkan secara rundingan terus oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan pemerintahannya sebelum ini.

Naib Presidennya, R Muralitharan berkata, 101 projek yang mendapat kelulusan Kementerian Kewangan yang ketika itu diterajui oleh Menteri, Lim Guan Eng disyaki wujud salah guna kuasa.

“Pihak SPRM perlu menjalankan siasatan salah laku dan salah guna kuasa terhadap prosedur operasi standard (SOP) kelulusan projek terhadap syarikat-syarikat berkenaan,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/98183/BERITA/Nasional/PCM-gesa-SPRM-siasat-projek-rundingan-terus-era-PH