POLITIKPANAS!! PAS sedia hadapi PRN Johor, kata Hadi

PANAS!! PAS sedia hadapi PRN Johor, kata Hadi

PAS memberikan gambaran bersedia bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor, sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dibubarkan dalam tempoh terdekat, kata Presidennya Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, PAS menganggap spekulasi PRN sebagai khabar angin, malah belum membincangkan pergolakan politik yang berlaku di Johor.

“PAS akan bertanding, kalau di PRN Sarawak pun kita bertanding, apa lagi di Johor yang dekat.

“Tetapi macam mana cara bertanding, kita akan lihat dari semasa ke semasa,” katanya menurut laporan Sinar Harian, selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila di Marang, hari ini.

Khabar angin mulai tersebar mendakwa PRN Johor akan diadakan dalam tempoh terdekat selepas kerajaan negeri kini hanya mempunyai majoriti kelebihan satu kerusi iaitu 28 berbanding pembangkang 27.

PAS sedia hadapi PRN Johor, kata Hadi

......