POLITIKPANAS!! PAS, jadi rebutan ramai, tak tersepit antara Umno dan Bersatu'

PANAS!! PAS, jadi rebutan ramai, tak tersepit antara Umno dan Bersatu’

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) yang baru, Ahmad Fadhli Shaari menafikan partinya kini berada dalam dilema serta tersepit antara Umno dan Bersatu dalam isu kerjasama untuk pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Sebaliknya, Ahmad Fadhli berkata situasi tersebut memperlihatkan PAS kini menjadi parti rebutan ramai.

“Saya tidak melihat PAS dalam keadaan tersepit. Saya melihat PAS merupakan suatu parti yang menjadi rebutan ramai.

“Itu bukan tersepit namanya. Kita mempunyai nilai yang tinggi sehingga dipercayai oleh Umno dan Bersatu,” katanya dalam sidang media bersama pemberita selepas Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-62 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ahmad Fadhli berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Umno dan Bersatu berhubung isu kerjasama kedua-dua parti itu.

 

Umno sebelum ini meletakkan syarat kepada PAS untuk menggunakan logo parti itu sendiri dalam PRN Melaka.

Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) pada pilihan raya negeri Melaka.

Bagaimanapun kerjasama itu berpandukan kepada prinsip PAS mesti bertanding menggunakan lambang sendiri.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada kebijaksanaan pimpinan PAS membuat keputusan berhubung keputusan Majlis Tertinggi Umno untuk meneruskan persefahaman dengan parti itu bagi PRN Melaka.

Jalan keluar tiga penjuru

Muhyiddin berkata gabungan itu akan meneruskan strategi yang telah dibincangkan dan dirancang serta bersedia dengan untuk pertembungan tiga penjuru.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata dalam hal itu PAS akan bertindak sebaik mungkin untuk menjadikan persefahaman politik antara parti berkenaan menjadi satu kenyataan dan tidak akan berlaku pertembungan tiga penjuru.

“Saya juga dimaklumkan bahawa PAS akan keluarkan kenyataan dalam sedikit masa lagi dan kita maklum bahawa perkembangan terbaru yang diumumkan perdana menteri yang telah diberikan mandat oleh Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi) untuk mengurus PRN Melaka ini bahawa Umno sendiri dah setuju untuk tidak berlaku pertembungan tiga penjuru dalam PRN Melaka.

“Jadi, itu sudah cukup baik,” katanya.

Bagaimanapun, diminta mengulas lanjut kenyataan Muhyiddin bahawa PN bersedia untuk pertandingan tiga penjuru atau empat penjuru, Ahmad Fadhli berkata dia optimis bahawa akan ada jalan keluar berhubung situasi terbabit.

“Saya optimis bahawa akan berlaku jalan keluar. Kenyataan-kenyataan yang keluar itu saya kira hasrat daripada parti yang akhirnya akan berakhir di meja rundingan,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/597455

......