POLITIKPANAS!! Najib perlu perjelas isu pinjaman tiga bank RM2.5b

PANAS!! Najib perlu perjelas isu pinjaman tiga bank RM2.5b

JOHOR BAHRU: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus menjelaskan kedudukan sebenar proses kelulusan pinjaman sebanyak RM2.5 bilion tanpa cagaran kepada syarikat berkaitan judi iaitu Genting Hong Kong pada tahun 2012.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Johor, Mohd. Solihan Badri berkata, Najib yang juga Menteri Kewangan ketika itu sudah tentu telah mendapat nasihat daripada Bank Negara dan Kementerian Kewangan (MOF) berkenaan pinjaman tersebut.

Menurut beliau, hal itu kerana kaedah pinjaman berkenaan bukan sahaja tidak wajar, malah, berisiko tinggi kerana jumlahnya yang besar.

“Walaupun kelulusan pinjaman bukan ditentukan MOF atau pemegang saham, namun, Khazanah Nasional Bhd., Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai pemegang saham dalam bank yang terlibat adalah agensi kerajaan di bawah seliaan MOF.

“Justeru, Najib perlu ada kebertanggungjawaban dalam isu ini kerana ia melibatkan pinjaman menggunakan wang rakyat dan pencarum dengan satu jumlah yang amat besar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Solihan, walaupun pemegang saham tidak terlibat dalam operasi harian sesebuah syarikat, tetapi itu tidak bermakna Menteri Kewangan tidak boleh menegur syarat-syarat pinjaman jika didapati rapuh atau berisiko tinggi.

Media sebelum ini melaporkan tiga bank Malaysia telah dinamakan sebagai antara ketua pemiutang tidak bercagar syarikat Genting Hong Kong dengan gabungan pendedahan sebanyak AS$600 juta (RM2.5 bilion).

Tiga bank terbabit adalah Khazanah Nasional (CIMB), agensi pelaburan bumiputera PNB (Maybank) dan skim persaraan swasta KWSP (RHB).

Pada 29 Januari lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan berkata, pemberian pinjaman tanpa cagaran kepada syarikat Genting Hong Kong bukan ditentukan MOF, Kementerian Kewangan atau pemegang saham sebaliknya keputusan ditentukan bank yang terlibat. -UTUSAN ONLINE

Najib perlu perjelas isu pinjaman tiga bank RM2.5b

......