POLITIKPanas!! Najib mungkin ke dalam?

Panas!! Najib mungkin ke dalam?

DS NAJIB AKAN KE DALAM?
Kebarangkalian adalah tinggi sekarang apabila permohonan bukti baru pasukan pembelaan ditolak. Bukti baru yang melibatkan conflict of interest hakim Nazlan ditolak hakim-hakim federal court.
Rasanya, mereka yang follow aku tahu aku tidak favor langsung DS Najib. Pertama kerana dia TB pada waktu dulu. Dia tak sokong perjuangan aku melawan LHDN walaupun dia pun mangsa. Dia juga tidak support sepenuhnya perjuangan #JusticeForBella. Maka takda alasan untuk aku pertahankan dia.
Cuma, pandangan aku terhadap isu judiciary sangat konsisten. Mana-mana hakim yang jelas punya conflict of interest, perlu dibuat semula trial. Jika perkara ini dibiarkan, maka keraguan terhadap sistem mahkamah dan kehakiman negara wajar diragui. Mahkamah dan sistem kehakiman perlu bebas daripada segala kesangsian daripada rakyat.
Hakim-hakim hanyalah manusia biasa. Mereka tidak maksum. Mereka juga pendosa. Mereka ada perasaan dan kecenderungan politik tersendiri. Mereka juga ada rakan dan keluarga yang boleh mempengaruhi mereka. Mereka boleh menipu, boleh ditipu dan boleh diperdaya.
Untuk pengetahuan, Hakim Mohd Sofian Abd Razak sebelum ini telah dipaksa menarik diri oleh Bar Council hanya kerana dia adik kepada seorang abang yang ada jawatan dalam UMNO Pahang. Kemudian dia diganti dengan Hakim Nazlan yang pernah berada dalam board Maybank ketika isu-isu 1MDB dan SRC dibincangkan di Maybank.
Pandangan aku, jika hanya kerana “dosa” seorang abang menjadi ahli UMNO menjadikan seorang adik tidak credible dan mungkin ada conflict of interest, bagaimana pula seseorang yang berada dalam board sebuah bank yang mana syarikat yang dikaitkan dalam perbicaraan di mahkamah.
Jika seorang adik dihukum “berdosa” kerana abangnya ahli UMNO, bagaimana pula seseorang yang suaminya begitu membenci UMNO dan defendant boleh dianggap adil untuk mengadili defendant. Sungguh ironi!
Dari zaman DS Anwar Ibrahim kita telah dimomokkan dengan ketidakadilan mahkamah dalam kes-kes yang ada political interest. Tetapi, zaman itu, tidak dapat dibuktikan secara jelas hakim-hakim yang terkait dilihat jelas ada conflict of interest.
Apa pun, aku rindu mediang Augustine Paul. Hakim yang DS Anwar panggil hakim gula-gula hacks. Ada sesiapa boleh buktikan mendiang ada conflict of interest dalam mengendalikan kes DS Anwar Ibrahim? #EvidenceBased on!
Tiba-tiba aku terfikir, mereka berjuang terhadap polis tak boleh jaga polis, kerana conflict of interest, maka lahir Suruhanjaya Integriti, tetapi hakim? Hakim yang jaga hakim takda conflict of interest ke? Patutkah kita adakan badan yang lain yang menjaga hakim pula?
Sekadar bertanya. Mode #MindaSkeptikal on!
Sumber Facebook
......