GAYA HIDUPHiburanPanas!! Najib mana yang goda isteri Caprice ni? Siap hantar pesanan teks...

Panas!! Najib mana yang goda isteri Caprice ni? Siap hantar pesanan teks di WhatsApp

Penyanyi rap Caprice membuat pendedahan mengejutkan apabila menunjukkan hantaran pesanan teks WhatsApp yang diterima oleh Isterinya. Amat mengejutkan apabila tindakan berani seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Najib goda isteri Caprice melalui pesanan ringkas WhatsApp.

Menerusi hantaran di Instagram milik penyanyi rap itu, beliau menunjukkan bukti individu dengan nama Najib cuba menggoda isterinya Farra Inalis. Pesanan teks yang diterima berbunyi “Elis, I like your selfie”.

Tindakan Najib itu dianggap agak keterlaluan dan melampaui batas kerana cuba mengganggu rumah tangga penyanyi rap itu. Caprice turut kecewa dengan tindakan lelaki tersebut yang dikatakan telah melampaui batas.

“Saya tak kisah kalau orang Malaysia benci saya, tapi apabila awak mula kacau isteri dan anak saya, awak dah cross the line between my personal life. Saya mula fikir keselamatan isteri dan anak saya.

Najib Goda Isteri Caprice, Hantar Pesanan Teks Di WhatsApp

“Kali pertama awak mesej, kami fikir awak gila, kami bagi amaran saja dan fikir mamat ini tak akan kacau lagi. Tapi salah, hari ini juga dia mesej isteri saya. Jangan main gila terutama keluarga,” ujar Caprice.

Caprice turut memuatnaik gambar profil WhatsApp Najib serta nombor telefon yang digunakan oleh lelaki tersebut untuk mengganggu isterinya.

Netizen turut kecewa dengan apa yang terjadi dan menganggapnya sebagai perkara yang diluar batasan. Seorang warganet yang menggunakan nama Ariz Ramli turut memberikan tempoh 24 jam kepada Najib untuk bersemuka dan membuat permohonan maaf kepada Caprice dan isterinya.

“Najib! Awak ada 24 jam untuk cari Caprice dan minta maaf depan-depan”.

Najib Goda Isteri Caprice, Hantar Pesanan Teks Di WhatsApp

......