NASIONALPANAS!! Najib buat laporan SPRM terhadap individu berkaitan 1MDB

PANAS!! Najib buat laporan SPRM terhadap individu berkaitan 1MDB

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat laporan terhadap seorang individu berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini.

Menurut sumber, Ahli Parlimen Pekan itu akan membuat laporan tersebut di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini jam 10 pagi.

Satu sidang akhbar berkaitan isu tersebut akan diadakan selepas laporan kepada SPRM selesai.

Najib pada 22 Oktober lalu memfailkan saman terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa untuk mendakwanya dalam beberapa kes termasuk membabitkan 1MDB dan menuntut ganti rugi lebih RM1.9 juta.

Bekas perdana menteri itu memfailkan saman tersebut menerusi Tetuan Raj, Ong & Yudistra di Mahkamah Tinggi di sini pada 22 Okt lepas dengan menamakan Thomas dan Kerajaan Malaysia selaku defendan pertama dan kedua. – MalaysiaGazette

Najib ke SPRM buat laporan terhadap individu berkaitan 1MDB

......